Saturday, December 29, 2018

PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA


Apa yang dapat saya rumuskan daripada tajuk pengurusan pelbagai upaya ialah secara keseluruhannya, pelajar-pelajar pelagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan sosial (sosial isolation) kepada mereka. Kesedaran sosial datang bersama pengalaman. Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-15 murid), masa ditingkatkan untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai, dan peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.


LINK 1 : https://drive.google.com/file/d/1yBAxjPqaX5cHS-tpSjujyw4lUux1Aato/view?usp=sharing

PENGURUSAN KOKURIKULUM

*Apa yang saya dapat rumuskan daripada tajukPengurusan Kokurikulum ialah kokurikulum amat penting kepada setiap pelajar sekolah dans seharusnya diwajibkan kepada setiap pelajar untuk menyertai setiap aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini adalah bertujuan untuk menyeimbangkan antara perkembangan mental, perkembangan rohani, jasmani dan emosi pelajar. Sekolah seharusnya memainkan peranan yang sewajarnya dengan melahirkan satu idea yang kreatif supaya pelajar lebih minat terhadap kokurikulum.




Seperti yang diketahui, sesetengah pelajar mungkin hanya pergi ke sekolah untuk memfokuskan akademik semata-mata. Oleh itu, sekolah perlu mengadakan program atau inisiatif yang mewajibkan semua pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikululum setiap seorang. Banyak faktor yang mungkin menyebabkan pelajar tidak berminat dengan aktiviti kokurikulum. Mungkin disebabkan masalah fizikal iaitu berat badan yang berlebihan. Oleh itu semua pihak seharusnya menggembleng tenaga untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan kokurikulum.

LINK 1 : https://drive.google.com/file/d/1_pzXUQVPB9vS14hZLZsYKqAhx7me662i/view?usp=sharing




STRATEGI PEMBELAJARAN ABAD KE-21

PENGURUSAN PELAJAR PELBAGAI BUDAYA


Apa yang saya dapat rumuskan daripada tajuk Pengurusan Pelbagai Budaya ialah budaya merupakan satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosial-budaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat.

*     Guru memainkan peranan penting dan  merupakan aset penting dalam pembentukan pelajar yang pelbagai budaya. Di samping itu, seseorang guru itu haruslah berusaha dalam menangani masalah pelajar – pelajarnya yang datang dari pelbagai sudut dan aspek. Guru perlu “MULTICULTURAL”.



LINK 1 : https://drive.google.com/file/d/1sO2rJwK0mBpM44NgBCyokS-sAb-vEVR5/view?usp=sharing


BULI DI SEKOLAH


Apa yang dapat saya rumuskan daripada tajuk "Buli di sekolah " ialah sejak kebelakangan ini, kes buli sering dilaporkan oleh media massa. Masalah ini bukanlah isu baru di negara kita malah gejala buli pelajar sekolah menunjukkan kadar peningkatan dari semasa ke semasa. Kes buli yang melibatkan pelajar sekolah bukanlah kes terpencil kerana kes ini sudah mendapat perhatian seluruh masyarakat negara kita. Hal ini terjadi kerana gejala buli sudah semakin meningkat kebelakangan ini sehingga menyebabkan kematian.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, buli didefinasikan sebagai perbuatan mempermain-mainkan orang, kebiasaannya orang yang lemah, dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan, ataupun menakutkan orang tersebut. Dalam erti kata lain, buli adalah perbuatan mengasari orang yang lebih lemah untuk memperlihatkan kekuatan atau keganasan seseorang. Kes buli seperti ini tidak hanya berlaku dalam golongan dewasa, malah telah berlaku sejak peringkat awal sekolah iaitu prasekolah ketika masih zaman kanak-kanak. Selalunya perbuatan buli melibatkan sekumpulan pelajar dan mangsa hanya keseorangan mempertahankan diri.  

Selain daripada itu, kekurangan pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong berlakunya gejala membuli ini.Pihak sekolah yang kurang peka tentang disiplin sekolah serta kelonggaran disiplin memberi peluang kepada para pelajar melakukan gejala sosial seperti gejala membuli. Tuntasnya, selagi gejala buli ini masih berleluasa, hasrat negara kita untuk melahirkan Negara yang maju dan berdaya saing di persada dunia akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hal ini kerana kanak-kanak dan remaja merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini. Gejala buli akan menjadi parah malah berpotensi bertukar menjadi jenayah jika semua pihak hanya bersikap endah tak endah. Ibu bapa, guru, masyarakat dan kerajaan mesti  cakna akan isu gejala buli ini dan bekerjasama demi memastikan lahirnya generasi cemerlang, gemilang dan terbilang bagi mencapai status negara maju yang berteraskan pembangunan seimbang, lahiriah serta rohaniah dalam kalangan rakyatnya.

LINK 1: https://drive.google.com/file/d/1JxESGVxamX0ELKaJ9YY90jKaMm1hw53p/view?usp=sharing



SEKOLAH DAN PERSEKITARAN



Apa yang dapat saya rumuskan daripada tajuk sekolah dan persekitaran ialah sekolah adalah pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan manakala persekitaran sekolah merupakan kawasan disekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).


LINK 1 : https://drive.google.com/file/d/181nkZPPjjlHmMTT6BF_koASJ-YzoyB8r/view?usp=sharing




PENGURUSAN PRAKTIKUM


Secara keseluruhannya, apa yang dapat saya rumuskan, tugasan yang bertajuk pengurusan praktikum memberi peluang kepada kami untuk mengetahui proses-proses pengurusan praktikum dengan lebih jelas dan terperinci.  kami juga dapat memberi informasi yang lebih mendalam kepada mahasiswa mahasiswi kumpulan pengurusan pembelajaran T tentang bagaimana cara dan prosedur untuk menjalani praktikum kepada para pelajar UPSI. Hal ini kerana, masih terdapat segelintir mahasiswa mahsiswi yang kurang jelas akan perjalanan praktikum yang bakal mereka alami. Setiap prosedur yang kami sampaikan adalah sangat penting untuk diketahui oleh kami serta mahasiswa mahasiswi yang lain agar kami dapat mempersiapkan diri kami dari segala sudut seperti mental, fizikal dan emosi. Selain itu, kami dapat mengetahui tentang perbezaan tugasan diantara PPG1, PPG2, dan PRAKTIKUM yang mana sebelum ini belum jelas bagi kami. Di samping itu, kami juga dapat mengetahui tentang setiap fakulti serta kos yang memberikan satu tugasan yang berbeza-beza untuk dijalani oleh mahasiswa dan mahasiswi. Oleh itu juga, kami memperoleh suatu pembelajaran yang sangat berguna untuk digunakan sebelum, semasa dan selepas Praktikum pada masa akan datang.





Sebagai pendidik di masa akan datang, guru atau pun bakal guru seharusnya menjaga etika keguruan dan menerapkan nilai moral dalam diri masing-masing. Terutamanya apabila masih lagi dalam proses Latihan Mengajar. Hal ini kerana, di samping demi menjaga nama baik Universiti, prestasi dan segala tindakan guru pelatih juga akan memberi impak yang negatif dan  positif  kepada bakal-bakal guru pelatih lain apabila ingin mencari penempatan di sekolah. Guru juga menjadi contoh dan teladan terhadap semua murid-murid yang lain. Seterusnya, sepanjang tempoh Latihan Mengajar, guru pelatih perlulah  menggunakan peluang ini dengan mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dan aplikasikan di dalam ruang darjah yang sebenar supaya dapat dipraktikkan di alam pekerjaan yang sebenar. Sememangnya program praktikum ini memberi manfaat yang banyak kepada bakal guru untuk melatih jati diri dalam menerapkan ciri-ciri guru yang baik sebelum menempuh di alam realiti yang sebenar.







PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Apa yang dapat saya rumuskan daripada tajuk pengurusan pelbagai upaya ialah secara keseluruhannya,  pelajar-pelajar pelagai upaya memerluka...