Saturday, December 29, 2018

BULI DI SEKOLAH


Apa yang dapat saya rumuskan daripada tajuk "Buli di sekolah " ialah sejak kebelakangan ini, kes buli sering dilaporkan oleh media massa. Masalah ini bukanlah isu baru di negara kita malah gejala buli pelajar sekolah menunjukkan kadar peningkatan dari semasa ke semasa. Kes buli yang melibatkan pelajar sekolah bukanlah kes terpencil kerana kes ini sudah mendapat perhatian seluruh masyarakat negara kita. Hal ini terjadi kerana gejala buli sudah semakin meningkat kebelakangan ini sehingga menyebabkan kematian.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, buli didefinasikan sebagai perbuatan mempermain-mainkan orang, kebiasaannya orang yang lemah, dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan, ataupun menakutkan orang tersebut. Dalam erti kata lain, buli adalah perbuatan mengasari orang yang lebih lemah untuk memperlihatkan kekuatan atau keganasan seseorang. Kes buli seperti ini tidak hanya berlaku dalam golongan dewasa, malah telah berlaku sejak peringkat awal sekolah iaitu prasekolah ketika masih zaman kanak-kanak. Selalunya perbuatan buli melibatkan sekumpulan pelajar dan mangsa hanya keseorangan mempertahankan diri.  

Selain daripada itu, kekurangan pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong berlakunya gejala membuli ini.Pihak sekolah yang kurang peka tentang disiplin sekolah serta kelonggaran disiplin memberi peluang kepada para pelajar melakukan gejala sosial seperti gejala membuli. Tuntasnya, selagi gejala buli ini masih berleluasa, hasrat negara kita untuk melahirkan Negara yang maju dan berdaya saing di persada dunia akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hal ini kerana kanak-kanak dan remaja merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini. Gejala buli akan menjadi parah malah berpotensi bertukar menjadi jenayah jika semua pihak hanya bersikap endah tak endah. Ibu bapa, guru, masyarakat dan kerajaan mesti  cakna akan isu gejala buli ini dan bekerjasama demi memastikan lahirnya generasi cemerlang, gemilang dan terbilang bagi mencapai status negara maju yang berteraskan pembangunan seimbang, lahiriah serta rohaniah dalam kalangan rakyatnya.

LINK 1: https://drive.google.com/file/d/1JxESGVxamX0ELKaJ9YY90jKaMm1hw53p/view?usp=sharing



No comments:

Post a Comment

PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Apa yang dapat saya rumuskan daripada tajuk pengurusan pelbagai upaya ialah secara keseluruhannya,  pelajar-pelajar pelagai upaya memerluka...