Saturday, December 29, 2018

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH



Apa yang saya dapat rumuskan daripada tajuk bab 6 iaitu pengurusan bilik darjah ialah
Secara keseluruhannya, pengurusan bilik darjah amat penting dalam sesebuah sekolah. Bilik darjah merupakan tempat murid untuk menimba ilmu dan menghabiskan kebanyakkan masa di dalam bilik darjah. Bilik darjah perlulah mempunyai ciri-ciri seperti susunan meja yang teratur, ceria, pemilihan warna yang dapat membuka minda murid, carta organisasi kelas dan jadual bertugas murid untuk memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan baik. Oleh itu, pengurusan bilik darjah yang baik dapat mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif.



Bilik darjah juga memainkan peranan penting terhadap tingkah laku dan juga pencapaian akademik pelajar. Hal ini demikian, bilik darjah yang positif dan kondusif akan memberi keselesaan kepada para pelajar untuk belajar dan menggelakkan pembelajaran yang aktif kerana proses komuniksi antara guru dan pelajar dan juga antara pelajar dan pelajar berjalan dengan baik. Bilik darjah seumpama bilik tidur. Jika bilik tidur kemas dan bersih, maka penghuni bilik tersebut akan tidur dengan selesa dan nyenyak. Begitu juga dengan bilik darjah. Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta, gambar dan alat bantu mengajar, saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaan kepada murid-murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan. Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara dengan baik serta keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah. 



Selain daripada aktiviti mengajar, guru-guru berperanan sebagai pengurus di dalam bilik darjah iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus bahan-bahan sumber pembelajaran, mengurus disiplin dan masalah peribadi pelajar, dan mengurus keadaan fizikal bilik darjah. Guru menjadi tunjang utama atau tulang belakang bagi menguruskan sesebuah bilik darjah itu. Peranan guru juga penting dalam mengelola bilik darjah. Seseorang guru itu harus mempunyai pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang tinggi bagi memperoleh kesan yang maksimum. 


No comments:

Post a Comment

PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Apa yang dapat saya rumuskan daripada tajuk pengurusan pelbagai upaya ialah secara keseluruhannya,  pelajar-pelajar pelagai upaya memerluka...