Saturday, December 29, 2018

BAB 5 : PENGURUSAN MURID



Apa yang dapat saya rumuskan daripada bab 5 iaitu tajuk pengurusan murid ialah pengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting dalam sebuah institusi pendidikan. Proses pengurusan murid terdiri daripada beberapa aspek iaitu aspek perancangan, pengelolaan, pentadbiran, dan pengawalan atau pemulihan. Jaafar Muhammad (2013) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan, dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.


Sistem pengurusan murid bukanlah merupakan sesuatu perkara yang lama dilakukan oleh pihak sekolah. Setiap guru perlu mengetahui akan kematangan fizikal iaitu berupaya daripada segi kognitif, afektif dan kemahiran psikomotor. Pengurusan murid di sekolah amat penting kerana perlaksanaannya di sebuah sekolah akan mencerminkan prestasi sekolah. Selain itu, pengurusan murid memainkan peranan bagi menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelanggaran di sebuah sekolah. Di sekolah pengurusan murid juga membuktikan kecekapan dan sistematiknya seorang guru dalam menjalankan amanah menguruskan muridnya di sekolah. 


Kesimpulannya,pengurusan murid ini penting kerana ia dapat membantu guru-guru membuat keputusan tentang bilik darjah.Selain itu, menggunakan kekuatan dan kelemahan yang dimiliki oleh anak didiknya untuk mempertingkan dan memperkasakan kaedah pengajaran.Seterusnya dapat membantu guru menenukan aktiviti atau pengalaman yang sesuai dengan minat murid.


No comments:

Post a Comment

PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Apa yang dapat saya rumuskan daripada tajuk pengurusan pelbagai upaya ialah secara keseluruhannya,  pelajar-pelajar pelagai upaya memerluka...