Secara keseluruhannya, apa yang dapat saya rumuskan, tugasan yang bertajuk pengurusan praktikum memberi peluang kepada kami untuk mengetahui proses-proses pengurusan praktikum dengan lebih jelas dan terperinci. kami juga dapat memberi informasi yang lebih mendalam kepada mahasiswa mahasiswi kumpulan pengurusan pembelajaran T tentang bagaimana cara dan prosedur untuk menjalani praktikum kepada para pelajar UPSI. Hal ini kerana, masih terdapat segelintir mahasiswa mahsiswi yang kurang jelas akan perjalanan praktikum yang bakal mereka alami. Setiap prosedur yang kami sampaikan adalah sangat penting untuk diketahui oleh kami serta mahasiswa mahasiswi yang lain agar kami dapat mempersiapkan diri kami dari segala sudut seperti mental, fizikal dan emosi. Selain itu, kami dapat mengetahui tentang perbezaan tugasan diantara PPG1, PPG2, dan PRAKTIKUM yang mana sebelum ini belum jelas bagi kami. Di samping itu, kami juga dapat mengetahui tentang setiap fakulti serta kos yang memberikan satu tugasan yang berbeza-beza untuk dijalani oleh mahasiswa dan mahasiswi. Oleh itu juga, kami memperoleh suatu pembelajaran yang sangat berguna untuk digunakan sebelum, semasa dan selepas Praktikum pada masa akan datang.
Sebagai pendidik di
masa akan datang, guru atau pun bakal guru seharusnya menjaga etika keguruan
dan menerapkan nilai moral dalam diri masing-masing. Terutamanya apabila masih
lagi dalam proses Latihan Mengajar. Hal ini kerana, di samping demi menjaga
nama baik Universiti, prestasi dan segala tindakan guru pelatih juga akan
memberi impak yang negatif dan positif kepada bakal-bakal guru pelatih lain apabila
ingin mencari penempatan di sekolah. Guru juga menjadi contoh dan teladan
terhadap semua murid-murid yang lain. Seterusnya, sepanjang tempoh Latihan
Mengajar, guru pelatih perlulah menggunakan
peluang ini dengan mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dan
aplikasikan di dalam ruang darjah yang sebenar supaya dapat dipraktikkan di
alam pekerjaan yang sebenar. Sememangnya program praktikum ini memberi manfaat
yang banyak kepada bakal guru untuk melatih jati diri dalam menerapkan
ciri-ciri guru yang baik sebelum menempuh di alam realiti yang sebenar.
No comments:
Post a Comment