Saturday, December 29, 2018

PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA


Apa yang dapat saya rumuskan daripada tajuk pengurusan pelbagai upaya ialah secara keseluruhannya, pelajar-pelajar pelagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan sosial (sosial isolation) kepada mereka. Kesedaran sosial datang bersama pengalaman. Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-15 murid), masa ditingkatkan untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai, dan peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.


LINK 1 : https://drive.google.com/file/d/1yBAxjPqaX5cHS-tpSjujyw4lUux1Aato/view?usp=sharing

PENGURUSAN KOKURIKULUM

*Apa yang saya dapat rumuskan daripada tajukPengurusan Kokurikulum ialah kokurikulum amat penting kepada setiap pelajar sekolah dans seharusnya diwajibkan kepada setiap pelajar untuk menyertai setiap aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini adalah bertujuan untuk menyeimbangkan antara perkembangan mental, perkembangan rohani, jasmani dan emosi pelajar. Sekolah seharusnya memainkan peranan yang sewajarnya dengan melahirkan satu idea yang kreatif supaya pelajar lebih minat terhadap kokurikulum.




Seperti yang diketahui, sesetengah pelajar mungkin hanya pergi ke sekolah untuk memfokuskan akademik semata-mata. Oleh itu, sekolah perlu mengadakan program atau inisiatif yang mewajibkan semua pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikululum setiap seorang. Banyak faktor yang mungkin menyebabkan pelajar tidak berminat dengan aktiviti kokurikulum. Mungkin disebabkan masalah fizikal iaitu berat badan yang berlebihan. Oleh itu semua pihak seharusnya menggembleng tenaga untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan kokurikulum.

LINK 1 : https://drive.google.com/file/d/1_pzXUQVPB9vS14hZLZsYKqAhx7me662i/view?usp=sharing




STRATEGI PEMBELAJARAN ABAD KE-21

PENGURUSAN PELAJAR PELBAGAI BUDAYA


Apa yang saya dapat rumuskan daripada tajuk Pengurusan Pelbagai Budaya ialah budaya merupakan satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosial-budaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat.

*     Guru memainkan peranan penting dan  merupakan aset penting dalam pembentukan pelajar yang pelbagai budaya. Di samping itu, seseorang guru itu haruslah berusaha dalam menangani masalah pelajar – pelajarnya yang datang dari pelbagai sudut dan aspek. Guru perlu “MULTICULTURAL”.



LINK 1 : https://drive.google.com/file/d/1sO2rJwK0mBpM44NgBCyokS-sAb-vEVR5/view?usp=sharing


BULI DI SEKOLAH


Apa yang dapat saya rumuskan daripada tajuk "Buli di sekolah " ialah sejak kebelakangan ini, kes buli sering dilaporkan oleh media massa. Masalah ini bukanlah isu baru di negara kita malah gejala buli pelajar sekolah menunjukkan kadar peningkatan dari semasa ke semasa. Kes buli yang melibatkan pelajar sekolah bukanlah kes terpencil kerana kes ini sudah mendapat perhatian seluruh masyarakat negara kita. Hal ini terjadi kerana gejala buli sudah semakin meningkat kebelakangan ini sehingga menyebabkan kematian.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, buli didefinasikan sebagai perbuatan mempermain-mainkan orang, kebiasaannya orang yang lemah, dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan, ataupun menakutkan orang tersebut. Dalam erti kata lain, buli adalah perbuatan mengasari orang yang lebih lemah untuk memperlihatkan kekuatan atau keganasan seseorang. Kes buli seperti ini tidak hanya berlaku dalam golongan dewasa, malah telah berlaku sejak peringkat awal sekolah iaitu prasekolah ketika masih zaman kanak-kanak. Selalunya perbuatan buli melibatkan sekumpulan pelajar dan mangsa hanya keseorangan mempertahankan diri.  

Selain daripada itu, kekurangan pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong berlakunya gejala membuli ini.Pihak sekolah yang kurang peka tentang disiplin sekolah serta kelonggaran disiplin memberi peluang kepada para pelajar melakukan gejala sosial seperti gejala membuli. Tuntasnya, selagi gejala buli ini masih berleluasa, hasrat negara kita untuk melahirkan Negara yang maju dan berdaya saing di persada dunia akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hal ini kerana kanak-kanak dan remaja merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini. Gejala buli akan menjadi parah malah berpotensi bertukar menjadi jenayah jika semua pihak hanya bersikap endah tak endah. Ibu bapa, guru, masyarakat dan kerajaan mesti  cakna akan isu gejala buli ini dan bekerjasama demi memastikan lahirnya generasi cemerlang, gemilang dan terbilang bagi mencapai status negara maju yang berteraskan pembangunan seimbang, lahiriah serta rohaniah dalam kalangan rakyatnya.

LINK 1: https://drive.google.com/file/d/1JxESGVxamX0ELKaJ9YY90jKaMm1hw53p/view?usp=sharing



SEKOLAH DAN PERSEKITARAN



Apa yang dapat saya rumuskan daripada tajuk sekolah dan persekitaran ialah sekolah adalah pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan manakala persekitaran sekolah merupakan kawasan disekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).


LINK 1 : https://drive.google.com/file/d/181nkZPPjjlHmMTT6BF_koASJ-YzoyB8r/view?usp=sharing




PENGURUSAN PRAKTIKUM


Secara keseluruhannya, apa yang dapat saya rumuskan, tugasan yang bertajuk pengurusan praktikum memberi peluang kepada kami untuk mengetahui proses-proses pengurusan praktikum dengan lebih jelas dan terperinci.  kami juga dapat memberi informasi yang lebih mendalam kepada mahasiswa mahasiswi kumpulan pengurusan pembelajaran T tentang bagaimana cara dan prosedur untuk menjalani praktikum kepada para pelajar UPSI. Hal ini kerana, masih terdapat segelintir mahasiswa mahsiswi yang kurang jelas akan perjalanan praktikum yang bakal mereka alami. Setiap prosedur yang kami sampaikan adalah sangat penting untuk diketahui oleh kami serta mahasiswa mahasiswi yang lain agar kami dapat mempersiapkan diri kami dari segala sudut seperti mental, fizikal dan emosi. Selain itu, kami dapat mengetahui tentang perbezaan tugasan diantara PPG1, PPG2, dan PRAKTIKUM yang mana sebelum ini belum jelas bagi kami. Di samping itu, kami juga dapat mengetahui tentang setiap fakulti serta kos yang memberikan satu tugasan yang berbeza-beza untuk dijalani oleh mahasiswa dan mahasiswi. Oleh itu juga, kami memperoleh suatu pembelajaran yang sangat berguna untuk digunakan sebelum, semasa dan selepas Praktikum pada masa akan datang.





Sebagai pendidik di masa akan datang, guru atau pun bakal guru seharusnya menjaga etika keguruan dan menerapkan nilai moral dalam diri masing-masing. Terutamanya apabila masih lagi dalam proses Latihan Mengajar. Hal ini kerana, di samping demi menjaga nama baik Universiti, prestasi dan segala tindakan guru pelatih juga akan memberi impak yang negatif dan  positif  kepada bakal-bakal guru pelatih lain apabila ingin mencari penempatan di sekolah. Guru juga menjadi contoh dan teladan terhadap semua murid-murid yang lain. Seterusnya, sepanjang tempoh Latihan Mengajar, guru pelatih perlulah  menggunakan peluang ini dengan mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dan aplikasikan di dalam ruang darjah yang sebenar supaya dapat dipraktikkan di alam pekerjaan yang sebenar. Sememangnya program praktikum ini memberi manfaat yang banyak kepada bakal guru untuk melatih jati diri dalam menerapkan ciri-ciri guru yang baik sebelum menempuh di alam realiti yang sebenar.







PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN


Apa yang dapat saya rumuskan daripada tajuk pengurusan bimbingan dan penasihatan ialah peranan unit kaunseling dan bimbingan di sekolah terutamanya kaunselor sekolah penting bagi meningkatkan pembangunan akademik, sahsiah, kerjaya dan kesediaan diri pelajar. Penasihatan murid melalui unit bimbingan dan kaunseling harus dikekalkan dalam membantu pelajar-pelajar dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Kaedah ini dikenalpasti sebagai satu usaha untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh dan sebagai tujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar serta motivasi pelajar.

Dengan ini, jelaslah bahawa bimbingan, kaunseling, penasihatan dan mentoring merupakan teknik-teknik yang boleh digunakan untuk membantu murid – murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan seharian. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik dan matlamat yang tersendiri. Kaedah pendektan yang berbeza ini harus diwujudkan agar mereka dapat menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang diri mereka dan agar pencapaian mereka dapat dipertingkatkan.


LINK 1 : https://drive.google.com/file/d/1Z_fJL6xeJgZcMLkSprst5KPOcZxQ2SLt/view?usp=sharing


PENGURUSAN DISIPLIN

Apa yang saya dapat rumuskan daripada tajuk pengurusan disiplin ialah pengurusan disiplin pelajar adalah penting untuk melahirkan pelajar yang berkualiti dan bersahsiah tinggi. Hal ini kerana, peribadi individu pada masa hadapan akan dilihat pada zaman pembelajarannya. Sekiranya guru tidak memainkan peranan untuk membentuk jati diri yang positif ke dalam diri pelajar, pelajar akan cenderung untuk berkelakuan negatif dan mereka akan terbiasa dengan peribadi sebegitu. Pelajar juga mempuyai tahap keupayaan yang berbeza-beza. Oleh itu, guru perlu menggunakan teknik modifikasi yang berbeza kepada pelajar berdasarkan tahap pelajar tersebut. Guru perlu memahami keperluan pelajar dan melakukan hukuman bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar.


Pengurusan tingkah laku dan disiplin ini amatlah penting dititikberatkan oleh guru-guru. Hal ini kerana, dengan adanya pengurusan seperti ini, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah dapat diatasi seterusnya dapat mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku seperti gejala buli, merokok, ponteng, dan sebagainya. Selain itu, ibubapa juga berperanan penting dalam membentuk pelajar ke arah yang lebih baik. Hal ini kerana, tingkah laku pelajar adalah datang dari apa yang berlaku di rumah. Justeru itu, ibubapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Keluarga yang harmoni dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin dan baik tingkah laku.



LINK 1 : https://drive.google.com/file/d/1OPF8VV9Ih0TFc7ELSJQ7lUPO3NQ1sQX3/view?usp=sharing

BAB 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN



Apa yang saya dapat rumuskan daripada bab 8 iaitu strategi mengurus bilik pembelajaran ialah 

 strategi pengurusan biik pembelajaran memainkan peranan penting dari segi interaksi antara kedua-dua pihak iaitu antara guru dan pelajar. Hal ini demikian, untuk mewujudkan bilik pembelajaran yang baik dan selesa untuk pelajar meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan gembira dan seterusnya dapat mengawal tingkah laku pelajar daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan serta membina insan yang cemerlang.



Secara kesimpulannya, strategi pengurusan bilik pembelajaran adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan mengurus iklim pembelajaran yang positif. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan. Pengurusan bilik pembelajaran yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimem bagi memperoleh kesan yang maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu mendapatkan maklumat yang secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum menjejakkan diri buat kali pertama ke dalam bilik darjah berkenaan.



Guru yang berwibawa sentiasa berfikir kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang cemerlang, diantara perkara utama yang harus dipandang berat ialah memahami amanah yang diberikan padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik.




BAB 7: PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN




Apa yang dapat saya rumuskan daripada tajuk bab 6 iaitu pengurusan sumber ialah pengurusan sumber amatlah penting dalam kehidupan manusia. Hal ini demikian, pusat sumber merupakan sumber yang sesuai digunakan oleh para pelajar untuk membuat rujukan atau mencari maklumat di samping menambah ilmu yang sedia ada untuk menjadi insan yang cemerlang dan maju seiring dengan kemajuan negara yag sedang membangun kini.




Saya juga dapat simpulkan bahawa bahawa pengurusan sumber adalah sangat penting kepada organisasi dan pentadbiran di sekolah. Tanpa pengurusan sumber yang mantap, sekolah tersebut akan kekurangan informasi yang ingin disampaikan kepada pelajar di sekolah tersebut terutama sekali di dalam subjek asas yang diajar di sekolah seperti Bahasa Melayu dan Sejarah. Selain itu, tanpa bantuan kemudahan sumber di pusat sumber, pelajar tidak akan mempunyai cara pembelanjaran yang lain selain mendengar guru di kelas. Perkara ini adalah sangat penting kerana pelajar perlu menerima input daripada pelbagai sumber yang berlainan seperti buku teks, buku rujukan dan rujukan di internet. Hal ini adalah untuk mengelakkan pelajar terlalu bergantung kepada guru mereka. Oleh itu, dengan adanya pengurusan sumber yang baik, pelajar dapat menerima informasi berkenaan pembelajaran mereka daripada pelbagai sumber yang boleh dipercayai.


LINK 1 : https://drive.google.com/file/d/1cZpeIVykRd225gEwFdefQpAbytl6UKml/view?usp=sharing

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH



Apa yang saya dapat rumuskan daripada tajuk bab 6 iaitu pengurusan bilik darjah ialah
Secara keseluruhannya, pengurusan bilik darjah amat penting dalam sesebuah sekolah. Bilik darjah merupakan tempat murid untuk menimba ilmu dan menghabiskan kebanyakkan masa di dalam bilik darjah. Bilik darjah perlulah mempunyai ciri-ciri seperti susunan meja yang teratur, ceria, pemilihan warna yang dapat membuka minda murid, carta organisasi kelas dan jadual bertugas murid untuk memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan baik. Oleh itu, pengurusan bilik darjah yang baik dapat mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif.



Bilik darjah juga memainkan peranan penting terhadap tingkah laku dan juga pencapaian akademik pelajar. Hal ini demikian, bilik darjah yang positif dan kondusif akan memberi keselesaan kepada para pelajar untuk belajar dan menggelakkan pembelajaran yang aktif kerana proses komuniksi antara guru dan pelajar dan juga antara pelajar dan pelajar berjalan dengan baik. Bilik darjah seumpama bilik tidur. Jika bilik tidur kemas dan bersih, maka penghuni bilik tersebut akan tidur dengan selesa dan nyenyak. Begitu juga dengan bilik darjah. Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta, gambar dan alat bantu mengajar, saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaan kepada murid-murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan. Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara dengan baik serta keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah. 



Selain daripada aktiviti mengajar, guru-guru berperanan sebagai pengurus di dalam bilik darjah iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus bahan-bahan sumber pembelajaran, mengurus disiplin dan masalah peribadi pelajar, dan mengurus keadaan fizikal bilik darjah. Guru menjadi tunjang utama atau tulang belakang bagi menguruskan sesebuah bilik darjah itu. Peranan guru juga penting dalam mengelola bilik darjah. Seseorang guru itu harus mempunyai pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang tinggi bagi memperoleh kesan yang maksimum. 


BAB 5 : PENGURUSAN MURID



Apa yang dapat saya rumuskan daripada bab 5 iaitu tajuk pengurusan murid ialah pengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting dalam sebuah institusi pendidikan. Proses pengurusan murid terdiri daripada beberapa aspek iaitu aspek perancangan, pengelolaan, pentadbiran, dan pengawalan atau pemulihan. Jaafar Muhammad (2013) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan, dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.


Sistem pengurusan murid bukanlah merupakan sesuatu perkara yang lama dilakukan oleh pihak sekolah. Setiap guru perlu mengetahui akan kematangan fizikal iaitu berupaya daripada segi kognitif, afektif dan kemahiran psikomotor. Pengurusan murid di sekolah amat penting kerana perlaksanaannya di sebuah sekolah akan mencerminkan prestasi sekolah. Selain itu, pengurusan murid memainkan peranan bagi menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelanggaran di sebuah sekolah. Di sekolah pengurusan murid juga membuktikan kecekapan dan sistematiknya seorang guru dalam menjalankan amanah menguruskan muridnya di sekolah. 


Kesimpulannya,pengurusan murid ini penting kerana ia dapat membantu guru-guru membuat keputusan tentang bilik darjah.Selain itu, menggunakan kekuatan dan kelemahan yang dimiliki oleh anak didiknya untuk mempertingkan dan memperkasakan kaedah pengajaran.Seterusnya dapat membantu guru menenukan aktiviti atau pengalaman yang sesuai dengan minat murid.


BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI SEKOLAH


Apa yang saya dapat rumuskan daripada bab 4 iaitu kepimpinan dan oraganisasi sekolah ialah kepimpinan dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama. Kepimpinan yang cekap dan berkesan boleh menentukan maju mundurnya sesebuah organisasi (Gribben, 2010). 



Kepimpinan sering dikaitkan dengan prestasi sesebuah organisasi, justeru bidang kuasa dan kebertanggungjawaban besar telah digalas pihak kepemimpinan. Kepimpinan memberi impak yang positif kepada kejayaan organisasi. Di dalam organisasi ada ahli-ahli yang menyokong pemimpinnya. Pengetua berperanan sebagai pemimpin dan guru ada peranannya yang tersendiri.


Di dalam kepimpinan sekolah, pengetua menduduki jawatan paling tinggi dan berhak memberi arahan kepada pegawai bawahannya iaitu guru. Pengetua juga membentuk budaya seorang pelajar. Kepimpinan seorang guru dilihat melalui pengajaran iaitu membimbing murid, mentadbir dan mengurus, menjadi pemudah cara, perancang, pengelola,inonator, penilai, pembentuk akhlak murid dan sentiasa perlu berhubung dengan masyarakat atau komuniti.



Secara kesimpulannya, organisasi yang ditubuhkan dalam sesebuah sekolah memainkan peranan yang penting. Guru yang mempunyai jawatan tinggi telah memberi pendedahan berkaitan dengan gaya kepimpinan yang boleh diterapkan dalam sesebuah organisasi. Organisasi yang terdapat di sekolah ialah pengetua, penolong-penolong kanan, guru dan murid-murid.


LINK 1 : https://drive.google.com/file/d/1rQ5OFQ4A2t4qjf44CWQwVr2xHUlAYvlV/view?usp=sharing


BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR


Apa yang dapat saya rumuskan daripada bab 3 iaitu pengurusan pembelajaran ialah pengurusan pembelajaran bermaksud proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang.


Pengurusan pembelajaran amat penting :



  1. Berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar.
  2. Berfungsi dalam penyampaian ilmu iaitu berpandukan sukatan pelajaran.
  3. Mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran.
  4. Meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan.
Sebagai guru, mestilah merancang pengurusan dan pembelajaran pelajar dengan ;

  a.     Merancang strategi dan kaedah pengajaran.
b.     Merancang aktiviti pdpc.
c.      Merancang aktiviti kumpulan.
d.     Merancang kemudahan dan susunan fizikal bilik darjah.

BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Apa yang saya dapat rumuskan daripada tajuk bab 2 iaitu interaksi dan pembelajaran ialah pertama sekali maksud interaksi iaitu  tindakan/perhubungan aktif antara satu sama lain atau  tindak balas antara dua pihak atau lebih.



Seterusnya interaksi  dalam bilik darjah bermaksud guru perlu menggalakkan interaksi sama ada dengan guru/sesama rakan yang lain semasa proses P&P. Selain itu Interaksi di bilik darjah boleh berlaku dalam bentuk lisan dan bukan lisan.

Terdapat beberapa interaksi dalam bilik darjah iaitu INTERAKSI SEHALA, INTERKASI DUA HALA,INTERAKSI KUMPULAN, dan INTERAKSI ANTARA KUMPULAN.


Kesimpulan daripada keseluruhan bab ini, interaksi antara guru dan murid amat penting dalam proses pembelajaran. Guru perlu mempelbagaikan interaksi dengan murid supaya dapat menghasilkan suasana belajar yang berkesan.

LINK 1:
https://drive.google.com/file/d/1f56w4Yu0LHRFeSijlSYTEWcgt3DVz7y2/view?usp=sharing

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Apa yang saya dapat rumuskan mengenai tajuk bab 1 iaitu Sosiologi dan Pembelajaran ialah  Sosiologi bermaksud ilmu disiplin intelektual yang khusus yang mengenai hubungan sosial manusia pada umumnya. Selain itu, Perilaku manusia yang berkaitan dengan struktur-struktur kemasyarakatan dan kebudayaan yang dimiliki, dibahagi, dan ditunjang bersama (Sosiologi Teks Pengantar dan Terapan, hlm 3). 

Seterusnya ialah Definisi Pembelajaran iaitu s
uatu perubahan dalaman diri seseorang, pembentukan perkaitan- perkaitan baharu, ataupun potensi-potensi untuk tindak balas yang baharu (Teori-teori Pembelajaran, hlm 5).

Perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap kepercayaan (Komunikasi dalam pengajaran dan kepemimpinan pendidikan, hlm 69). -Pendek kata, pembelajaran bermaksud 

proses untuk belajar.

Sosiologi dan pendidikan bermaksud sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas. Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial.Justeru, pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat.Masyarakat sangat berkaitrapat dengan sosiologi. Oleh yang demikian, pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain.


Seterusnya, sosiologi mempunyai fungsi yang sangat penting dalam pendidikan iaitu mampu melahirkan masyarakat yang seimbang. Selain itu, sosiologi penting dalam pendidikan kerana bidang ini mempunyai ciri-ciri sains iaitu sistematik dan saintifik. Dalam kalangan masyarakat juga sosiologi berperananan  menghubungkan dan  membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial.



LINK1:https://drive.google.com/file/d/18i8PVczzxW-467282e2_FsSeGHCrVord/view?usp=sharing












PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Apa yang dapat saya rumuskan daripada tajuk pengurusan pelbagai upaya ialah secara keseluruhannya,  pelajar-pelajar pelagai upaya memerluka...